Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 22 Mei 2011

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal dunia.


Tanggal 21 Mei 2011, pemergian seorang lagi penggiat seni tanah air ALLAHYARHAM seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Bte Ismail, 69.  Allahyarham meninggal dunia jam 12.30 tengah hari semalam di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.  

Mahyon Ismail sudah tiga minggu mengalami demam panas dan batuk namun beliau tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal melainkan penyakit diabetis.

Menurut SUMBER : Semalam Allahyarham mengalami masalah pernafasan dan muntah - muntah.  Allahyarham dibawa ke klinik oleh anak sulongnya, Dilla Hussien, 47.  Dan kemudiannya ke hospital atas nasihat dokor yang merawat Allahyarham kerana kandungan gula dalam darahnya yang tinggi.   


Tambah Dilla, dia tidak menyangka ibunya pergi terlalu awal kerana pada Khamis lalu, dia bersama Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama. "Malah beberapa minggu ini terdapat sedikit perubahan tentang ibu yang sungguh berselera dalam bab makan sedangkan dia seorang yang begitu teliti tentang penjagaan pemakanannya.  Bayangkan, setiap dua jam, dia akan lapar dan mahu makan. Saya masih teringat lagi, dia begitu teringin untuk makan ikan terubuk masin masak cili api dan saya masakkan untuknya" tuturnya.

Selain Dilla, Allahyarham Mahyon Ismail merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan dua orang anaknya iaitu Fairuz, 45 dan Faizal, 43.  

Allahyarham juga baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.

Jenazah Allahyarham Mahyon Ismail telah dibawa ke rumah Dilla di 175, Jalan Setia, Gombak Setia, Off Jalan Gombak dan disembahyangkan di Masjid As-Syakirin. Selepas itu, jenazah Allahyarham Mahyon Ismail dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, selepas waktu Isyak.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham Mahyon Ismail, semoga rohnya dicucuri rahmat.  AL - FATIHAH..