Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 23 Mei 2011

Nurkasih The Movie Di Pawagam Sekarang

Selepas kejayaan siri drama Nurkasih memikat hati 19 juta penonton di Malaysia, yang ditayangkan di tv3.  Primeworks Studios Sdn Bhd (sebelumnya dikenali sebagai Grand Brilliance Sdn. Bhd.) membawa legasi ini ke layar perak.

Nurkasih The Movie, kini mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara bermula 19 MEI 2011 yang lalu.  Arahan Kabir Bhatia, dibintangi oleh Remy Ishak, Fizz Fairuz Tizz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha dan Adik Ilyas Suhaimi.

Sinopsis filem yang dipetik dari SUMBER :

Nur Kasih The Movie ini adalah kesinambungan daripada drama siri TV popular Nur Kasih. Filem ini adalah selepas lapan tahun kisah didalam drama Nur Kasih berakhir.

Filem ini dibuka dengan satu kejadian kemalangan yang ngeri berlatarbelakangkan pemandangan padang pasir Jordan yang indah. Kemalangan ngeri yang disaksikan oleh dua orang arab Badwi itu adalah satu permulaan kisah yang menyentuh hati didalam filem Nur Kasih The Movie ini.

Filem ini kemudian membawa penonton ke Kuala Selangor dimana Nur Amina dan Adam sedang bernostalgia mengimbau kenangan lalu. Satu demi satu cerita terungkap dan dapat diketahui bahawa isteri Aidil, Aliyah telah meninggal dunia.

Anak Aidil, Ilyas dan Maryam mempunyai personaliti yang berbeza.  Ilyas seperti ayahnya Aidil, lebih suka memendam perasaan dan meratapi pemergian ibunya dalam diam dan lebih mengambil berat tentang keadaan ayahnya.  Manakala Maryam pula masih terlalu kecil untuk memahami situasi yang berlaku.  Aidil melepaskan beban penderitaan batin yang ditanggungnya dalam satu peristiwa yang menyayat hati.

Adam dan Nur Amina kembali ke Kuala Lumpur dimana mereka menghabiskan masa menjadi sukarelawan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bermasalah.  Tujuannya kerana untuk menghilangkan perasaan rindu terhadap anak-anak kerana telah lama mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata.  Di pusat jagaan ini, watak Mamat, Sara, dan Jamal akan mewarnai kisah mereka.

Apabila mengetahui Nur Amina mengandung, Adam bersyukur kepada Allah, namun takdir menentukan, bayi didalam kandungan Nur Amina keguguran. Kejadian ini membuatkan Adam hilang pertimbangan dan mula berpaling daripada ajaran Allah. Walaubagaimanapun, Aidil berjaya memimpin Adam kembali ke jalan yang benar.

Adam dan Nur Amina bercadang melawat Mekah dan kemudian menyusul ke Jordan pula.  Di Jordan, pasangan ini menemui kedamaian yang dicari, namun Adam kembali dihantui oleh igauan ngeri.  Adam sering terbayang Nur Amina akan mati.  Adam merasakan bahawa ada satu petanda buruk yang akan berlaku. Keimanan dan kesabaran akan teruji lagi.  Adam dan Nur Amina mengalami satu kemalangan dahsyat. Didalam serpihan kemalangan itu, Adam mendapati Nur Amina terbaring kaku..

Saksikan Nurkasih The Movie di pawagam berhampiran anda sekarang..