Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 22 Mei 2011

KL GANGSTER di pawagam 09 jun 2011

Sebuah lagi filem dari Skop Production, KL GANGSTER.  Arahan Syamsul Yusof, yang turut membintangi filem ini bersama barisan pelakon  - pelakon terkenal seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Sofi Jikan dan bintang Raja Lawak Astro, Zizan.


Sinopsis Filem yang dipetik dari SUMBER :

KL Gangster mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster.  Seorang bernama Jai dan seorang lagi bernama Malek.  Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat di khianat oleh ahli kumpulannya sendiri yang di dalangi oleh Shark anak tiri kepada King yang merupakan ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.

Bagi Malek setelah dibebaskan, beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap dan ingin menjalani rutin kehidupan seperti biasa sambil menjaga ibunya yang sudah tua.  Tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar untuk dia menjalani kehidupan seperti biasa.

Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehinggalah King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan yang baru.  King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak mengganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi anak tirinya Shark yang ingin menjadi Raja di KL ini.

Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.  Bagi Jai, kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh di capai dengan dunia hitam yang di ceburinya sekarang.  Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa.  Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan.

Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk meralisasikan apa jua yang diarahkan Shark.  Sayap Shark semakin berkembang tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat.  Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tapi sentiasa di patahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.  King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuska perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain.

Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin.  Kerana tamakkan kuasa, Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Malek lah punca segalanya.  Dengan itu Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya.

Disinilah bermulanya konflik di antara saudara dan kesetiaan, antara keluarga dan kumpulan, juga antara nyawa atau harga diri.

Dimanakah penghujung pertempuran mereka??..  Segala-galanya akan terjawab dalam KL GANGSTER..

Sama-sama kita nantikan!!!