Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 22 Mei 2011

3, 2, 1 Cinta Di Pawagam 16 JUN 2011

Filem terbaru terbitan METROWEALTH, 3,2,1 CINTA.  Arahan Azahari Zain dan dibintangi oleh Diana Amir, Farid Kamil, Pierre Andre, dan Faith Zakie.

Sinopsis filem :


Filem 3,2,1 Cinta mengisahkan Siti Aisyah atau Sam (Diana Amir), anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej bersama rakan baiknya iaitu Fariz (Pierre Andre).  Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan artikel tesis 'perempuan 37:1 lelaki'.  Ini menyebabkan Sam berasa tidak senang dan berusaha untuk mencari teman lelaki sebelum menjadi andartu.

Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril (Farid Kamil) , seorang jejaka yang menjadi idaman gadis - gadis kolej, dan memutuskan untuk cuba memikat hati Nazril.  Malangnya Nazril tidak berminat dengan Sam, malah rakannya Fariz juga tidak menyokong usaha Sam itu.  Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya.  

Apakah yang akan berlaku kepada Sam? Berjayakah beliau memikat hati Nazril? Segalanya bakal terjawab JUN ini dalam 3,2,1 Cinta..

Sama Sama Kia Nantikan!!!