
Anak kucing bermata satu? Mustahil dan sukar di percayai. Pelik tapi benar. Namun itulah kenyataannya.
Kelahiran seekor anak kucing bermata satu, tanpa hidung dan lidahnya sentiasa terjelir, mengejutkan seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, Tawau, pada Jumaat 20 MEI 2011 yang lalu.
Menurut SUMBER : Pemilik kucing terbabit yang mahu dikenali sebagai Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan oleh anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anak.
“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu."katanya kepada SUMBER.
"Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mata saja,” tambah beliau lagi.
Buat masa ini, rumah saudara Jamal sentiasa tidak lekang dari pengunjung yang mahu melihat anak kucing yang ganjil itu.