Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 24 Mei 2011

Karak - Laluan Puaka Di Pawagam 26 MEI 2011

Berdasarkan kisah legenda dan penampakan yang menyeramkan di sepanjang Lebuhraya Karak.  KRU Studios membawa pengalaman ini ke layar perak.  KARAK - Laluan Puaka, sebuah filem seram arahan pertama Yusry Abdul Halim.  Dibintangi oleh Shahir AF8, Sheira Ayob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin.  Bakal menemui penonton di pawagam pad 26 MEI 2011..

Sinopsis filem yang di olah dari SUMBER :

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama.  Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang.  Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ.  Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut.  Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.  Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Saksikan Di Pawagam!!

Isnin, 23 Mei 2011

Nurkasih The Movie Di Pawagam Sekarang

Selepas kejayaan siri drama Nurkasih memikat hati 19 juta penonton di Malaysia, yang ditayangkan di tv3.  Primeworks Studios Sdn Bhd (sebelumnya dikenali sebagai Grand Brilliance Sdn. Bhd.) membawa legasi ini ke layar perak.

Nurkasih The Movie, kini mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara bermula 19 MEI 2011 yang lalu.  Arahan Kabir Bhatia, dibintangi oleh Remy Ishak, Fizz Fairuz Tizz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha dan Adik Ilyas Suhaimi.

Sinopsis filem yang dipetik dari SUMBER :

Nur Kasih The Movie ini adalah kesinambungan daripada drama siri TV popular Nur Kasih. Filem ini adalah selepas lapan tahun kisah didalam drama Nur Kasih berakhir.

Filem ini dibuka dengan satu kejadian kemalangan yang ngeri berlatarbelakangkan pemandangan padang pasir Jordan yang indah. Kemalangan ngeri yang disaksikan oleh dua orang arab Badwi itu adalah satu permulaan kisah yang menyentuh hati didalam filem Nur Kasih The Movie ini.

Filem ini kemudian membawa penonton ke Kuala Selangor dimana Nur Amina dan Adam sedang bernostalgia mengimbau kenangan lalu. Satu demi satu cerita terungkap dan dapat diketahui bahawa isteri Aidil, Aliyah telah meninggal dunia.

Anak Aidil, Ilyas dan Maryam mempunyai personaliti yang berbeza.  Ilyas seperti ayahnya Aidil, lebih suka memendam perasaan dan meratapi pemergian ibunya dalam diam dan lebih mengambil berat tentang keadaan ayahnya.  Manakala Maryam pula masih terlalu kecil untuk memahami situasi yang berlaku.  Aidil melepaskan beban penderitaan batin yang ditanggungnya dalam satu peristiwa yang menyayat hati.

Adam dan Nur Amina kembali ke Kuala Lumpur dimana mereka menghabiskan masa menjadi sukarelawan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bermasalah.  Tujuannya kerana untuk menghilangkan perasaan rindu terhadap anak-anak kerana telah lama mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata.  Di pusat jagaan ini, watak Mamat, Sara, dan Jamal akan mewarnai kisah mereka.

Apabila mengetahui Nur Amina mengandung, Adam bersyukur kepada Allah, namun takdir menentukan, bayi didalam kandungan Nur Amina keguguran. Kejadian ini membuatkan Adam hilang pertimbangan dan mula berpaling daripada ajaran Allah. Walaubagaimanapun, Aidil berjaya memimpin Adam kembali ke jalan yang benar.

Adam dan Nur Amina bercadang melawat Mekah dan kemudian menyusul ke Jordan pula.  Di Jordan, pasangan ini menemui kedamaian yang dicari, namun Adam kembali dihantui oleh igauan ngeri.  Adam sering terbayang Nur Amina akan mati.  Adam merasakan bahawa ada satu petanda buruk yang akan berlaku. Keimanan dan kesabaran akan teruji lagi.  Adam dan Nur Amina mengalami satu kemalangan dahsyat. Didalam serpihan kemalangan itu, Adam mendapati Nur Amina terbaring kaku..

Saksikan Nurkasih The Movie di pawagam berhampiran anda sekarang..

Anak Kucing bermata satu?


Anak kucing bermata satu?  Mustahil dan sukar di percayai.  Pelik tapi benar.  Namun itulah kenyataannya.


Kelahiran seekor anak kucing bermata satu, tanpa hidung dan lidahnya sentiasa terjelir, mengejutkan seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, Tawau, pada Jumaat 20 MEI 2011 yang lalu.

Menurut SUMBER : Pemilik kucing terbabit yang mahu dikenali sebagai Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan oleh anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anak.

“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu."katanya kepada  SUMBER.

"Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mata saja,” tambah beliau lagi.

Buat masa ini, rumah saudara Jamal sentiasa tidak lekang dari pengunjung yang mahu melihat anak kucing yang ganjil itu.


Ahad, 22 Mei 2011

3, 2, 1 Cinta Di Pawagam 16 JUN 2011

Filem terbaru terbitan METROWEALTH, 3,2,1 CINTA.  Arahan Azahari Zain dan dibintangi oleh Diana Amir, Farid Kamil, Pierre Andre, dan Faith Zakie.

Sinopsis filem :


Filem 3,2,1 Cinta mengisahkan Siti Aisyah atau Sam (Diana Amir), anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej bersama rakan baiknya iaitu Fariz (Pierre Andre).  Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan artikel tesis 'perempuan 37:1 lelaki'.  Ini menyebabkan Sam berasa tidak senang dan berusaha untuk mencari teman lelaki sebelum menjadi andartu.

Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril (Farid Kamil) , seorang jejaka yang menjadi idaman gadis - gadis kolej, dan memutuskan untuk cuba memikat hati Nazril.  Malangnya Nazril tidak berminat dengan Sam, malah rakannya Fariz juga tidak menyokong usaha Sam itu.  Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya.  

Apakah yang akan berlaku kepada Sam? Berjayakah beliau memikat hati Nazril? Segalanya bakal terjawab JUN ini dalam 3,2,1 Cinta..

Sama Sama Kia Nantikan!!!

KL GANGSTER di pawagam 09 jun 2011

Sebuah lagi filem dari Skop Production, KL GANGSTER.  Arahan Syamsul Yusof, yang turut membintangi filem ini bersama barisan pelakon  - pelakon terkenal seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Sofi Jikan dan bintang Raja Lawak Astro, Zizan.


Sinopsis Filem yang dipetik dari SUMBER :

KL Gangster mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster.  Seorang bernama Jai dan seorang lagi bernama Malek.  Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat di khianat oleh ahli kumpulannya sendiri yang di dalangi oleh Shark anak tiri kepada King yang merupakan ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.

Bagi Malek setelah dibebaskan, beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap dan ingin menjalani rutin kehidupan seperti biasa sambil menjaga ibunya yang sudah tua.  Tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar untuk dia menjalani kehidupan seperti biasa.

Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehinggalah King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan yang baru.  King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak mengganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi anak tirinya Shark yang ingin menjadi Raja di KL ini.

Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.  Bagi Jai, kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh di capai dengan dunia hitam yang di ceburinya sekarang.  Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa.  Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan.

Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk meralisasikan apa jua yang diarahkan Shark.  Sayap Shark semakin berkembang tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat.  Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tapi sentiasa di patahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.  King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuska perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain.

Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin.  Kerana tamakkan kuasa, Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Malek lah punca segalanya.  Dengan itu Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya.

Disinilah bermulanya konflik di antara saudara dan kesetiaan, antara keluarga dan kumpulan, juga antara nyawa atau harga diri.

Dimanakah penghujung pertempuran mereka??..  Segala-galanya akan terjawab dalam KL GANGSTER..

Sama-sama kita nantikan!!!


Seniwati Mahyon Ismail Meninggal dunia.


Tanggal 21 Mei 2011, pemergian seorang lagi penggiat seni tanah air ALLAHYARHAM seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Bte Ismail, 69.  Allahyarham meninggal dunia jam 12.30 tengah hari semalam di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.  

Mahyon Ismail sudah tiga minggu mengalami demam panas dan batuk namun beliau tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal melainkan penyakit diabetis.

Menurut SUMBER : Semalam Allahyarham mengalami masalah pernafasan dan muntah - muntah.  Allahyarham dibawa ke klinik oleh anak sulongnya, Dilla Hussien, 47.  Dan kemudiannya ke hospital atas nasihat dokor yang merawat Allahyarham kerana kandungan gula dalam darahnya yang tinggi.   


Tambah Dilla, dia tidak menyangka ibunya pergi terlalu awal kerana pada Khamis lalu, dia bersama Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama. "Malah beberapa minggu ini terdapat sedikit perubahan tentang ibu yang sungguh berselera dalam bab makan sedangkan dia seorang yang begitu teliti tentang penjagaan pemakanannya.  Bayangkan, setiap dua jam, dia akan lapar dan mahu makan. Saya masih teringat lagi, dia begitu teringin untuk makan ikan terubuk masin masak cili api dan saya masakkan untuknya" tuturnya.

Selain Dilla, Allahyarham Mahyon Ismail merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan dua orang anaknya iaitu Fairuz, 45 dan Faizal, 43.  

Allahyarham juga baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.

Jenazah Allahyarham Mahyon Ismail telah dibawa ke rumah Dilla di 175, Jalan Setia, Gombak Setia, Off Jalan Gombak dan disembahyangkan di Masjid As-Syakirin. Selepas itu, jenazah Allahyarham Mahyon Ismail dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, selepas waktu Isyak.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham Mahyon Ismail, semoga rohnya dicucuri rahmat.  AL - FATIHAH..